AKADEMI AROMATERAPI HOLISTIK GRITZ

Sijil Aromaterapi Holistik

INGIN MENJADI AROMATERAPIS BERTAULIAH?

  • Anda berminat menjadi seorang profesional dalam bidang yang membabitkan penggunaan minyak pati?
  • Mempunyai profesion yang boleh membantu masyarakat melalui rawatan alternatif kaedah Aromaterapi yang diiktiraf oleh kerajaan?
  • Adakah anda mahu kredibiliti + tingkatkan keyakinan dengan menjadi Aromaterapis Bertauliah?

Di Gritz Aromaterapi Holistik Akademi, kami berkomited untuk memberikan anda pendidikan berkualiti dan terbaik yang mengikut kesesuaian dengan impian serta matlamat anda untuk menjadi Aromaterapis Bertauliah .

Oleh yang demikian, dengan menghadiri 80 kredit jam program Kursus Aromaterapi Holistik ini akan memberikan anda peluang untuk memiliki DUA sijil – Pakar Minyak Pati, seterusnya sebagai Aromaterapis Bertauliah.

MENDALAMI
PENGETAHUAN ANDA

Sama ada anda baru berjinak-jinak dengan minyak pati atau telah menggunakannya selama bertahun-tahun, Sijil Aromaterapi Holistik di Akademi Aromaterapi Holistik Gritz menyediakan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan fleksibel untuk mendalami pengetahuan mengenai seni + sains Aromaterapi. Team kami terdiri dari kumpulan pendidik yang berdedikasi serta telah mempelopori dan memiliki pengalaman bertahun-tahun di dalam bidang ini.

Ini adalah tujuan kami dan kami tidak sabar untuk berkongsi dengan anda.

pROGRAM SIJIL INI AKAN MEMBANTU ANDA UNTUK:

1

Gunakan minyak pati dengan selamat dan berkesan untuk keseronokan, penjagaan diri dan penyembuhan semulajadi.
2

Membina karier dan kerjaya baru dalam Aromaterapi.
3

Meningkatkan karier sedia ada melalui penggunaan minyak pati dalam pelbagai industri.
4

Mengkaji dan memahami bagaimana minyak pati bertindak dengan fakta saintifik.
5

Memahami dengan jelas apa Aromaterapi boleh dan tidak boleh lakukan (can and can’t do) agar lebih yakin untuk membantu masyarakat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dengan minyak pati.
6

Mencipta formulasi untuk membantu meringankan kesakitan dan gejala fizikal - dan keseimbangan emosi yang sukar (seperti kebimbangan dan ketakutan) 100% secara semulajadi.
7

Menjadi seorang yang pakar untuk memberi latihan aromaterapi atau menulis tentang aromaterapi.
8

Pelajari teknik yang mengintegrasikan kimia, aroma + penawar minyak pati – remedi atau formulasi berfungsi pada pelbagai peringkat.
9

Mewujudkan produk semula jadi dan campuran yang selamat untuk kanak-kanak, wanita hamil, anak istimewa dan warga tua.

APABILA ANDA MENJALANI PENSIJILAN, ANDA JUGA:

Menimba pengalaman secara praktikal dan kehidupan sebenar yang mencipta formulasi untuk membantu ‘pesakit’ dengan masalah kesihatan tertentu - dan dapatkan maklum balas dan bimbingan ‘one-to-one’ dari pengajar untuk kajian kes (case study) peribadi anda.

Menghadiri kelas Anatomi & Fisiologi - yang akan meluaskan pemahaman anda tentang bagaimana tubuh manusia berfungsi dan menyokong keupayaan anda untuk memilih minyak pati yang paling ideal dan campuran dalam setiap keadaan.

Terokai topik yang berkaitan dengan aromaterapi pilihan anda.

Kredibiliti serta kepercayaan secara rasmi dan diperakui sebagai Aromaterapis Bertauliah yang di iktiraf oleh Kerajaan.

INTIPATI PROGRAM SIJIL INI

  • Orientasi + kelas untuk 6 modul
  • Latihan percampuran (blending) dan projek ‘hands-on’ yang lain untuk lebih mendalami pempelajarian anda.
  • Semak soalan untuk kuiz sendiri pada setiap akhir pempelajarian.
  • 25 remedi dan campuran yang diformulasikan oleh Prinsipal yang juga Aromaterapis Bertauliah, Puan Rita Omar. Remedi tersebut akan disusun dalam bentuk PDF warna yang menarik yang boleh anda muat turun dan cetak.
  • 30 lembaran data terperinci bagi minyak pati yang akan dikaji dalam kursus ini. Lembaran data dengan jelas membentangkan semua maklumat penting yang anda perlukan untuk rujukan mudah – termasuk setiap sifat minyak: sifat terapeutik, sifat emosi dan energi, data keselamatan, profil kimia, nama Latin, keluarga botani, bahagian tumbuhan, tumbuhan asal, NOT setiap minyak pati, kaedah pengekstrakan dan sebagainya.

MODUL KURSUS

Dalam Orientasi, Anda akan pelajari:

  • Panduan keselamatan minyak pati
  • Campuran + teknik pencairan
  • Pengenalan kepada kimia minyak pati
  • Garis panduan pelabelan
  • Skop amalan aromaterapi
  • 48 datasheet minyak pati (dengan fakta mengenai setiap minyak, kegunaan terapeutik + klinikal, keselamatan dan rujukan saintifik)

  • Bagaimana Minyak pati diserap
  • Semua tentang ‘olfactory nerve and bulb’
  • Penggunaan minyak yang selamat pada kulit
  • Nama Latin + kimia tumbuhan - dan mengapa ianya penting
  • Sifat merawat fizikal + emosi dalam minyak pati

  • Sejarah Aromaterapi ringkas
  • Kaedah untuk mengeluarkan minyak pati
  • Semua tentang minyak pelarut
  • Bagaimana minyak pati boleh membantu kecederaan dan mengurangkan keradangan
  • Bagaimana minyak boleh mengurangkan tekanan dan meringankan kesakitan
  • Bagaimana memahami keluarga kimia tumbuhan tertentu untuk meningkatkan terapeutik pada percampuran minyak

  • Komponen kimia + ciri-ciri perubatan minyak pati
  • Potensi interaksi ubat (dan bagaimana untuk mengelakkannya!)
  • Bagaimana menentukan harga minyak + produk anda dijual semula
  • Membuat produk campuran mandian dan produk untuk penyembuhan kulit

  • Apakah hydrosols dan cara menggunakannya
  • Minyak pati yang terbaik untuk menyuburkan kulit
  • Campuran untuk mengurangkan jangkitan, rasa sakit + keradangan
  • Pelajari tentang minyak pati dalam keluarga fenol, aldehid dan keton
  • Mula bekerja secara individu (one-to-one) dengan bimbingan dari pengajar mengenai kajian kes

  • Seni percampuran dengan aroma
  • Rawatan semulajadi untuk masalah pernafasan
  • Minyak ‘powerful’ dari keluarga Ester, Oxide dan Ether + keselamatan ke atas mereka
  • Pelajari cara untuk sabun tangan, lulur garam dan inhaler

  • Minyak pati dan wanita hamil ... Apa yang anda perlu ketahui?
  • Teknik pengadunan minyak pati
  • Bagaimana untuk mencari penggantian minyak pati yang terbaik untuk resipi
  • Pelajari cara untuk buat balm bibir, semburan bilik + semburan kain
  • Pelajari produk pembersihan semula jadi

  • Lengkapkan apa-apa keperluan yang tinggal untuk menjadi ahli Aromaterap Bertauliah
  • Set kan matlamat bagaimana anda akan menggunakan Sijil anda dalam kehidupan dan kerjaya anda
  • Permulaan perniagaan dalam Aromaterapi Holistik

Untuk mendapatkan pensijilan rasmi anda dari Akademi Aromaterapi Holistik Gritz dan untuk melayakkan anda sebagai seorang Aromaterapis Bertauliah, anda akan:

 

  • Lengkapkan 6 Pelajaran dalam Program Persijilan Aromaterapi dan lulus peperiksaan pertengahan dan akhir.
  • Lengkapkan 80 kajian kes dan kertas 6-10 halaman.
  • Membayar yuran pengajian sepenuhnya. Sekiranya anda membayar dengan pelan pembayaran, pembayaran anda mesti diselesaikan untuk menerima pensijilan anda. 
  • Bersedia untuk menjadi Aromaterapis Bertauliah? Anda boleh mula sekarang!
  • Program Persijilan Aromaterapi ini adalah program bebas kendiri. Sebaik sahaja anda mendaftar, anda juga akan mempunyai akses penuh ke forum dalam talian kami – di mana anda boleh bertanya, mengambil bahagian dalam perbincangan, dan menerima jawapan daripada pengajar hebat kami (serta pelajar Gritz dan siswazah lain) dengan kadar masa anda sendiri, dari mana sahaja.
  • Sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk kelas ini, tiada latihan Aromaterapi sebelumnya diperlukan.

KAEDAH PEMBAYARAN